soalan peperiksaan tingkatan tiga
soalan peperiksaan sejarah tingkatan tiga
SEKOLAH TINGGI CINA SABAH
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR
SEJARAH TINGKATAN TIGA
Tarikh : 12.12.2011 Masa : 8.45 – 10.00
Arahan : Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B,C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
1. Gambar peralatan dibawah merupakan tinggalan manusia pada zaman lampau.
Barangan tersebut dikenali sebagai
A Fosil B artifak
C Tembikar D Manuskrip
2 Gambar dibawah menunjukkan manusia Zaman Neolitik menghasilkan peralatan batu yang dipanggil beliung?
Apakah kegunaan alat tersebut?
i Menggali tanah ii Mengetam kayu
iii Memotong daging iv Menghaluskan kayu
A i dan ii B i dan iv C ii dan iii D iii dan iv
3 Penemuan berikut berkaitan dengan Lembah Bujang.
Apakah implikasi penemuan tersebut kepada Lembah Bujang?
A Merupakan kerajaan agrarian
B Menjadikan pelabuhan entrepot
C Menggambarkan keagungan seni
D Menerima pengaruh agama Hindu
4 Petikan berikut menerangkan hubungan raja dengan rakyat
“Rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar, nescaya pohon tiada akan dapat berdiri.” |
Apakah nilai yang boleh dikaitkan dengan hubungan tersebut?
A Kesucian B Kejujuran
C Kesetiaan D ketekunan
5 Maklumat berikut berkaitan bentuk muka bumi Melaka pada awal kurun ke-15.
Parameswara berpendapat bentuk muka bumi Melaka yang berbukit-bukau adalah amat baik. |
Apakah kepentingannya?
A Pertahanan semulajadi
B Menjadi pembekal hasil hutan utama
C Menjadi pusat pentadbiran yang strategik
D Penanda bagi kapal belayar menuju ke Melaka
6 Dialog berikut mungkin berlaku di pelabuhan Melaka pada abad ke-15.
Pedagang India : Saya ingin berniaga di sini Pegawai pelabuhan : Sila dapatkan surat kebenaran terlebih dahulu |
Apakah kepentingan surat kebenaran tersebut kepada kerjaaan Melaka?
A Mengawal urusan perdagangan
B Menambah sumber pendapatan
C Mengawas kegiatan pedagang
D Mengenal pedagang asing
7 Jadual dibawah menunjukkan istilah yang digunakan ketika berutus surat antara kerajaan berikut.
Berutus Surat |
Istilah |
Melaka dan Pasai |
Salam |
Kampar dan Siak kepada Melaka |
Sembah |
Apakah yang anda faham dengan penggunaan istilah Salam?
A menunjukkan kedudukan kerajaan tersebut sama taraf
B Menunjukkan kedudukan taraf yang lebih rendah
C Menunjukkan kedudukan ekonomi yang maju
D Menunjukkan kedudukan yang sama
8 Maklumat berikut menggambarkan masalah yang
dialami oleh kerajaan Melaka pada awal kurun ke16.
* Konflik antara Tun Mutahir dengan Laksamana Khoja Hassan. * Raja Mendeliar memfitnah Bendahara Tun Mutahir |
Apakah kesan daripada keadaan di atas terhadap Melaka?
A Kedatangan orang Portugis
B Campur tangan orang Belanda
C Rakyat Melaka berpecah
D Keluarga bendahara mewarisi takhta
9 Senarai berikut merupakan sebahagian daripada raja dan pemerintah yang datang menghadap sultan Mahmud di Bentan.
* Maharaja Lingga * Raja Siak * Pemerintah Klang * Pemerintah Kampar * Wakil dari kerajaan Manjung dan Beruas |
Apakah tujuan mereka menghadap Sultan Mahmud?
A Menyatakan sokongan kepada sultan
B Mengucapkan takziah
C Melawat sultan yang uzur
D Menyampaikan rasa simpati
10 Apakah kesan perang berikut terhadap Johor?
Perang Tiga Segi |
A Mengalami perpecahan empayar
B meluaskan kuasa di Kepulauan Melayu
C Pusat pentadbirannya sering bertukar tempat
D Pengaruhnya di perairan Selat Melaka berkembang
11 Mengapakah sehingga kini bakal sultan Perak perlu melawat tempat berikut?
Beting beras basah |
A Makam kerabat diraja Perak
B Kediaman sultan Perak yang pertama
C Tempat kelahiran sultan Perak yang pertama
D Tempat sambutan sultan Perak yang pertama
12 Gambar dibawah menunjukkan kraf tangan yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional.
A Berani dan gigih
B Bijak dan berkebolehan
C Kemas dan sistematik
D Kreatif dan berkemahiran
13 Senarai berikut digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional.
* Setanak nasi * Sepelaung * Sepurnama |
Mereka menggunakan perkataan tersebut untuk
A Mengukur jarak B Menyukat beras
C Mengukur tanah D Menimbang bijih timah
14 Rajah 4 menunjukkan amalan orang Melanau di Sarawak.
Mengapakah orang Melanau perlu melaksanakan amalan tersebut?
A Memperoleh hasil padi yang banyak
B Selamat semasa berada di laut
C Mengeratkan hubungan
D Mengelakkan bencana alam
15 Upacara berikut dijalankan oleh orang Kadazandusun di Sabah.
Upacara Magavau |
Apakah tujuan upacara tersebut diadakan?
A Memilih ratu cantik
B Membuang kepanasan
C Memuja roh orang mati
D Menghormati semangat padi
16. Ilustrasi di bawah menggambarkan sultan Abdullah sedang menandatangani Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 dengan Francis Light.
Apakah pepatah yang sesuai bagi tindakan tersebut terhadap Francis Light?
A Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
B Bagai menanam tebu di tepi bibir
C Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
D Bagai pucuk dicita ulam mendatang
17 Maklumat berikut merujuk kepada inti pati petikan surat Stamford Raffles kepada Gabenor SHTI.
Pulau Singapura satu stesen yang penting di Timur. Kepentingannya sebagai pusat perdagangan tiada bandingannya. |
Mengapakah Raffles beranggapan Singapura amat penting?
A Mampu menyekat monopoli Belanda
B Selamat daripada ancaman lanun
C Boleh menghalang kuasa barat lain
D Berkesan sebagai pangkalan tentera
18 Maklumat berikut berkaitan dengan Sungai Linggi.
Sungai Linggi sangat penting kepada Negeri Sembilan pada awal kurun ke-19. |
Mengapakah Sungai Linggi amat penting ketika itu?
A Merupakan kubu pertahanan British
B Mempunyai sistem kutipan cukai yang sistematik
C Merupakan jalan perhubungan utama ke pelabuhan Melaka
D Merupakan pintu masuk utama ke Sungai Ujong
19 Jawatan berikut telah diwujudkan oleh British di Negeri Sembilan.
Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil telah ditempatkan di daerah Rembau, jelebu dan Seri Menanti |
Apakah tugas pegawai tersebut?
i Memungut cukai
ii Melantik pembesar daerah
iii Menasihati pembesar dalam pentadbiran
iv Menguatkuasa undang-undang British
A i dan ii B i dan iv C ii dan iii D iii dan iv
20 Monolog berikut mungkin berlaku di Perak pada tahun 1870-an.
Raja Abdullah: Beta sangat tidak berpuas hati dengan pertabalan Raja Ismail sebagai Sultan Perak. Sesuatu mesti dilakukan |
Apakah tindakan Raja Abdullah?
A Mengarahkan British menyerang Raja Ismail
B Meminta British mengiktirafnya sebagai sultan
C Mendesak British menolak pelantikan Raja Ismail
D Menyuruh British merayu Raja Ismail turun takhta
21 Dokumen berikut merupakan surat sungai yang dikeluarkan oleh pemerintah kepada orang Cina.
Mengapakah orang Cina memerlukan dokumen tersebut?
A Tanda pengenalan diri
B Lesen untuk menguruskan perniagaan
C Kebenaran untuk menetap
D Pas memungut cukai
22 Tindakan berikut dilakukan oleh John Anderson terhadap Dato’ Abdul Rahman bin Andak di Johor.
Mencadangkan Dato’ Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London |
Mengapakah John Anderson bertindak demikian?
A Menghargai peranan Dato’ Abdul Rahman Andak
B Sebagai hukuman terhadap Dato’ Abdul Rahman Andak yang dianggap gagal
C Menjadi wakil sultan Ibrahim di London
D Mengukuhkan pengaruh British di Johor
23 Raja di bawah merujuk kepada usaha keluarga Brooke memantapkan pentadbiran di Sarawak.
Keluarga Brooke |
* Sistem pemerintahan tradisional dikekalkan * Melantik semula pembesar yang disingkirkan oleh Pangeran Indera Mahkota. |
Mengapakah keluarga Brooke bertindak sedemikian?
A Kekurangan pegawai British
B Melatih penduduk tempatan mentadbir
C Mendapatkan sokongan penduduk
D Menghargai jasa pembesar tempatan
24 Ilustrasi di bawah menggambarkan situasi perbincangan antara pangeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke.
Apakah pengajaran daripada peristiwa tersebut?
A Bersatu padu
B Bijak merancang
C Berfikiran terbuka
D Berhati-hati dengan kuasa asing
25 Maklumat berikut berkaitan dengan usaha untuk menguasai Sabah.
* Dent telah menubuhkan Persatuan sementara Borneo Utara British Berhad * Beliau berusaha untuk mendapatkan Piagam Diraja daripada Kerajaan British |
Apakah kepentingan Piagam Diraja?
A Mendapat kuasa membentuk kerajaan
B Meningkatkan modal perniagaan
C Kuasa menjual saham
D Dapat mentadbir Sabah
26 Tokoh berikut merupakan Ketua Anak Negeri di Sabah.
OKK Haji Mohammad Arshad |
Mengapakah beliau dilantik oleh SBUB?
A Memudahkan urusan pentadbiran
B Menjimatkan perbelanjaan pengurusan
C Memenuhi kehendak penduduk
D Memberikan pengiktirafan kepada penduduk tempatan
27 Senarai berikut merupakan mahkamah yang wujud di Sabah semasa pemerintahan SBUB.
* Mahkamah Majistret * Mahkamah Anak Negeri |
Mengapakah mahkamah tersebut diwujudkan?
i Memberi latihan kepimpinan
ii Memperoleh sokongan penduduk tempatan
iii Mematuhi syarat pemberian Piagam Diraja
iv Menjimatkan kos pentadbiran
A i dan ii B i dan iv C ii dan iii D iii dan iv
28 Apakah kelebihan sistem berikut?
H.N.Ridley telah memperkenalkan Kaedah menorah mengikut sistem Ibedem atau sistem tulang ikan herring |
A Menjimatkan masa menorah
B Menghasilkan susu getah bermutu
C Meningkatkan pengeluaran susu getah
D Mengurangkan penggunaan tenaga buruh
29 Rajah berikut menunjukkan penubuhan sebuah institusi pendidikan di Tanah Melayu.
1905 |
Pembinaan Kolej Melayu Kuala Kangsar |
Apakah tujuan penubuhan institusi tersebut?
A Memberikan pendidikan Inggeris kepada anak-anak
raja dan golongan bangsawan sehingga ke peringkat
menengah
B Membuka ruang kepada penduduk Tanah Melayu
untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi
C Memberikan peluang kepada penduduk Tanah
Melayu untuk menjawat jawatan yang lebih baik
D Memberikan peluang kepada penduduk Tanah
Melayu untuk berkhidmat dengan kerajaan
30 Jadual berikut menunjukkan penguasaan pengeluaran bijih timah oleh pelombong Eropah berbanding pelombong Cina pada tahun 1930-an.
Pelombong |
Peratus pengeluaran bijih timah |
|||
1910 |
1920 |
1930 |
1937 |
|
Eropah |
22 |
36 |
63 |
68 |
Cina |
78 |
64 |
37 |
32 |
Mengapakah pelombong Eropah Berjaya mengatasi pelombong Cina?
A Penggunaan kapal korek
B Tenaga buruh mencukupi
C Kerjasama pemimpin tempatan
D Pengeluaran berorentasikan eksport
31 Pernyataan berikut merupakan slogan yang dilaungkan oleh masyarakat Iban.
Agi Idup , Agi Ngelaban
Apakah tujuan slogan tersebut dilaungkan?
A Menentang musuh
B Mencetuskan semangat
C Menghidupkan semangat juang
D Mempertahankan maruah mereka
32 Tindakan berikut telah dilakukan oleh British di Terengganu pada tahun 1925.
Memberi konsesi tanah di Kuala Telemong kepada saudagar Cina |
Apakah tindak balas penduduk tempatan?
A Menguasai balai polis
B Menduduki bangunan kerajaan
C Membersihkan tanah Tengku Nik Maimunah
D Mengadakan perbicaraan di Kuala Terengganu
33 Rajah berikut menunjukkan satu peristiwa penting yang Berjaya mengubah masa depan beberapa Negara Asia Tenggara.
1905 |
Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun |
Apakah iktibar yang dapat diambil oleh penduduk Asia Tenggara daripada peristiwa tersebut?
A Negara Asia juga boleh mengalahkan kuasa Eropah
B Sesebuah Negara bertambah kuat dengan kekuatan tentera yang dimilikiya
C Kekayaan ekonomi mampu memajukan sesebuah Negara
D Jangan memandang rendah terhadap Negara-negara kecil
34 Rajah berikut menunjukkan akhbar dan majalah yang memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
Majalah / Akhbar |
Neracha Al-Ikhwan
Pengasuh
Bagaimanakah kemundurun orang Melayu dapat diatasi berdasarkan idea yang diperjuangkan melalui media cetak tersebut?
A Pegangan pada kepercayaan tradisional
B Agama Islam dijadikan sebagia panduan hidup
C Kemajuan ekonomi
D Pembelajaran sistem pendidikan Barat
35 Mengapakah ramai pemuda Melayu menganggotai Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)?
A Mewujudkan semangat kebangsaan
B Mewujudkan semangat kenegerian
C Menuntut kemerdekaan
D Mempertahankan hak orang Melayu
36 Maklumat berikut menunjukkan tindakan Jepun di Tanah Melayu.
* Menggiatkan ekonomi sara diri * Memberikan layanan baik kepada kaisha |
Mengapakah Jepun mengambil tindakan demikian?
A Menanam sikap berdikari
B Mewujudkan zon ekonomi
C Membantu penduduk peribumi
D Melaksanakan ekonomi kawalan
37 Maklumat dibawah berlaku semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Setiap keluarga hanya dibenarkan memiliki dua gantang beras untuk sebulan |
Berdasarkan pernyataan tersebut, apakah syarat sebuah keluarga untuk mendapat bekalan tersebut?
A Menjadi buruh paksa
B Menunjukkan kad catuan
C Memberi maklumat musuh
D Menganggotai pasukan sukarela
38 Maklumat berikut merujuk kepada tujuan British memperkenalkan penubuhan Malayan Union.
* Menjimatkan perbelanjaan * Menyeragamkan pentadbiran Negara * Mengawal kuasa politik orang Melayu * X |
Apakah X?
A Menguasai sumber ekonomi
B Menyekat kemasukan imigran
C Memajukan sistem perhubungan
D Menghapuskan ancaman komunis
39 Petikan berikut menunjukkan keadaan yang dialami oleh Sultan Kedah.
“Beta telah diberi kata dua dengan mulut dengan masa yang dihadkan dan jikalau beta menolak daripada menurunkan tandatangan …. Pengganti beta yang menurunkan tandatangannya, akan dilantik……” |
Apakah peribahasa yang boleh dikaitkan dengan keadaan tersebut?
A Dianjak layu, dialih mati
B Tidur tak lena, mandi tak basah
C Dimakan mati emak, diluah mati bapa
D Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran
40 Petikan berikut merupakan ucapan seorang wakil kanak-kanak semasa Kongres Melayu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada tahun 1946.
“Wahai bapa-bapa kami, peliharalah hak-hak kami sementara kami membesar”. |
Apakah hak yang ingin dipertahankan?
A Hak pendidikan B Hak keistimewaan
C Penguasaan politik D Penguasaan ekonomi
41 Sekolah berikut telah ditubuhkan di Singapura pada pertengahan kurun ke-20.
Sekolah Latihan Khas 101 |
Apakah kepentingan sekolah tersebut?
A Memupuk semangat patriotik
B Melahirkan pentadbiran rendah
C Memberi latihan taktik perang gerila
D Menghasilkan pelbagai jenis peralatan perang
42 Maklumat berikut merujuk kepada tindakan yang diambil oleh British ke atas Tanah Melayu.
Pada bulan jun 1948, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. |
Mengapakah tindakan tersebut diambil?
A Mengukuhkan kedudukan politik
B Mengekalkan perpaduan kaum
C Melindungi kepentingan ekonomi British
D Menjamin keselamatan penduduk pinggir hutan
43 Gerakan berikut telah dilancarkan di bawah Rancangan Briggs.
“Gerakan Kelaparan” |
Apakah tujuan pelancaran gerakan tersebut
A Mengelakkan penyakit berjangkit
B Mengelakkan makanan jatuh ke tangan komunis
C Menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap
komunis
D Memastikan bekalan makanan yang mencukupi
untuk penduduk kampung baru
Memenangi hati dan fikiran rakyat |
44 Kempen di atas, telah dilancarkan oleh British pada tahun 1950-an. Apakah kejayaan kempen tersebut?
A Penyeragaman sistem pendidikan
B Peningkatan taraf hidup penduduk luar Bandar
C Pewujudan kerjasama rakyat melalui parti politik
D Penyatuan tenaga rakyat untuk menentang komunis
45 Jawatankuasa berikut ditubuhkan sebagai langkah awal untuk mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu
Jawatankuasa hubungan antara kaum (CLC) |
Apakah usaha yang dilakukan oleh CLC untuk mencapai perpaduan kaum?
A Melonggarkan syarat kerakyatan
B Menubuhkan sekolah kebangsaan
C Mengadakan Konferensi Nasional
D Memberi bantuan ekonomi kepada golongan
pendatang
46 Agensi berikut ditubuhkan pada tahun 1951 sebagai tukar ganti kepada syarat kelonggaran kerakyatan Persekutuan dan negeri pada tahun 1951.
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) |
Apakah kepentingan agensi tersebut kepada orang Melayu?
A Mewujudkan perpaduan
B Meningkatkan hasil pertanian
C Menaikkan taraf sosioekonomi
D Melibatkan mereka dalam politik
47 Apakah yang terkandung dalam manifesto Parti Perikatan bagi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955?
I Menamatkan darurat
Ii Mewajibkan pendidikan menengah
Iii Membangunkan kawasan luar Bandar
Iv Mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun
A i dan ii B i dan iv C ii dan iii D iii dan iv
48 Maklumat berikut berkaitan Laporan Razak.
Laporan Razak membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernaular selama sepuluh tahun selepas merdeka |
Mengapakah Laporan Razak menerima cadangan tersebut?
A Menjaga keharmonian politik
B Meningkatkan pelaburan asing
C Mendapat sokongan kaum pendatang
D Mengekalkan sumbangan tenaga pekerja
49 Berikut menunjukkan Rombongan Merdeka yang berlepas ke London pada awal tahun 1956.
Rombongan Merdeka |
4 orang wakil raja-raja Melayu |
4 orang wakil Parti Perikatan |
Apakah tanggungjawab utama rombongan tersebut?
A Meminta bantuan ketenteraan
B Menuntut kemerdekaan Negara
C Menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu
D Menjalin hubungan dengan kerajaan British
50 Maklumat berikut merujuk kepada suatu peristiwa penting yang berlaku di Negara kita.
Tarikh : 20 Febuari 1956 Tempat : Padang Merdeka, Bandar Hilir. Peristiwa : X |
Apakah peristiwa X
A Pemasyhuran kemerdekaan
B Penurunan bendera Union Jack
C Pembentukan Suruhanjaya Reid
D Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
51 Perkara-perkara berikut telah dipinda terhadap Laporan Suruhanjaya Reid.
* Mewujudkan satu rupa bangsa persekutuan Tanah Melayu * Menjamin kedudukan raja-raja Melayu |
Mengapakah perkara tersebut penting kepada Suruhanjaya Reid?
A Persediaan untuk pilihan raya
B Penggubalan Perlembagaan Merdeka
C Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
D Perancangan Dasar Pendidikan Kebangsaan
52 Perkara –perkara berikut telah dipinda terhadap Laporan Suruhanjaya Reid.
* Bahasa * Agama * Hak istimewa |
Pindaan tersebut bertujuan untuk
A Memartabatkan bahasa Melayu
B Memupuk semangat kebangsaan
C Memuaskan hati semua pihak
D Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
53 Perkara berikut berkaitan dengan suatu peristiwa bantahan di Sarawak.
* 338 orang guru kakitangan kerajaan meletak jawatan. * 22 buah sekolah kerajaan ditutup * 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian mereka |
Bantahan tersebut dilakukan terhadap
A Penubuhan Jajahan British Borneo
B Pengenalan Pentadbiran Tentera British
C Gerakan Anti Penyerahan
D Pengeluaran surat pekeliling No. 9
54 Maklumat berikut berkaitan dengan Rosli Dhobi.
* Seorang anggota Rukun Tiga Belas * Menggunakan nama samara Lidros |
Apakah sumbangan beliau yang paling besar?
A Mengasaskan Rukun Tiga Belas
B Memimpin Gerakan Antipenyerahan
C Membunuh Gabenor Sarawak yang kedua
D Menganjurkan tunjuk perasaan secara besar-besaran
55 Pemimpin berikut merupakan antara kaum bumiputera dalam pentadbiran di Sabah semasa pemerintahan British.
* Donald Stephens * Tun Datu Mustapha Datu Harun |
Apakah peranan kedua-dua pemimpin tersebut?
A Ahli majlis Negeri
B Ahli Majlis Tempatan
C Ahli tidak rasmi Majlis Tertinggi
D Ahli tidak rasmi Majlis Undangan
56 Jadual berikut menunjukkan perkembangan yang berlaku di Sabah.
tahun |
Perkembangan |
1950 |
Pengenalan perlembagaan baharu |
1952 |
Pilihan raya Majlis Tempatan |
1960 |
Pindaan Perlembagaan |
1962 |
Pilihan Raya Majlis Undangan |
Mengapakah perkembangan tersebut penting kepada Sabah?
A Persediaan kearah berkerajaan sendiri
B Kebajikan peribumi terpelihara
C Keselamatan dalam negeri terjamin
D Syarikat Borneo Utara British terbentuk
57 Berikut menunjukkan Suruhanjaya Cobbold.
Apakah tugas suruhanjaya tersebut?
A Menggubal Perkara 20 Perkara
B Merancang sistem pentadbiran Malaysia
C Merancang ekonomi Sarawak dan Sabah
D Memimpin pendirian penduduk Sarawak dan Sabah
58 Perkara berikut dikemukakan oleh rakyat Sabah.
Tuntutan 20 Perkara Sabah |
Apakah perkara yang terkandung dalam tuntutan tersebut?
I Agama Islam sebagai agama rasmi
Ii Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Iii Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri
Iv Dasar pelajaran yang sedia ada dikekalkan
A i dan ii B i dan iv C ii dan iii D iii dan iv
59 Maklumat berikut merujuk kepada tindakan pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PETIR) bertindak demikian?
A Menarik pelabur asing
B Memajukan perdagangan
C Mengimbangi komposisi
D Melemahkan pengaruh komunis
Konsep Malaysian – Malaysia |
60 Maklumat di atas merujuk kepada faktor pemisahan Singapura dari Malaysia.
Apakah yang dituntut oleh Singapura?
A Kuasa imigresen
B Status pelabuhan bebas
C Hak sama rata semua kaum
D Keistimewaan cukai daripada pusat